Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara
Keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menukar istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya harus diberikan pujian serta wajib untuk dilaksanakan.
Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tentu hairan apabila istilah-istilah asing seperti “Presint, Boulevard dan Parcel” digunakan secara meluas di Putrajaya.
Apakah dengan menggunakan istilah-istilah sedemikian maka ia akan membantu perkembangan serta kemajuan pemerintahan negara? Sudah tentu tidak, malah ia menyumbang kepada dua kesan iaitu kekeliruan minda dan kerendahan jiwa.
Ia menyumbang kepada kekeliruan minda melalui persoalan apakah tidak ada langsung istilah-istilah ataupun nama-nama di dalam bahasa kebangsaan yang boleh digunakan untuk dijadikan nama jalan dan tempat di negara kita.
Ia menyumbang kepada kerendahan jiwa apabila kita secara terbuka menyokong dan berbangga terhadap penggunaan istilah-istilah asing lebih daripada istilah dalam bahasa kebangsaan sendiri.
Hal sedemikian bukan sahaja berlaku di Putrajaya malah turut berlaku di segenap pelusuk negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai wadah generasi muda menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang diberikan mandat di dalam menyelenggarakan sesebuah penempatan supaya peka dan lebih bertanggungjawab mendaulatkan bahasa kebangsaan di dalam memberi nama jalan dan tempat di dalam kawasan seliaan mereka.
Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk menggunakan nama-nama pemimpin nasional, bunga dan peristiwa perjuangan negara merupakan satu langkah bijak yang harus dilaksanakan dan dicontohi bagi mendidik serta menanam jati diri bangsa.
Kurangnya keperihatinan serta kesedaran sivik kebanyakan anak muda sekarang terhadap pelbagai isu-isu yang berlaku termasuk isu kedaulatan bahasa kebangsaan adalah suatu yang membimbangkan. Sikap acuh tidak acuh dan malu untuk bertutur di dalam bahasa kebangsaan semakin ketara kepada generasi muda pada hari ini.
Kempen dan gerakan
Jikalau budaya berbudi bahasa dijadikan kempen, maka sudah tentu kempen mendaulatkan bahasa Melayu juga harus dijalankan kerana salah satu budaya orang
Mungkin ramai generasi muda hari ini tidak mengetahui bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia dan menjadi antara bahasa berpengaruh yang berperanan di dalam penyebaran agama Islam, selain bahasa Arab, Parsi, dan Urdu.
Adalah menjadi harapan kita semua di dalam kita menuju wawasan negara maju pada tahun 2020, kedaulatan bahasa kebangsaan terus utuh terpelihara
Majlisku 6 bulan lepas..
-
15/12/2012
Sabtu
Assalamualaikum wbt.. aduh aduh.. lama sudah tidak menghupdate blog ni...
last aku update pon masa b4 kawen.. skrg ni dah setengah tahun...
11 years ago
0 comments:
Post a Comment